Wednesday, November 25, 2009

Ape bende la nie.......

Wednesday, November 25, 2009

Selangor larang kursus BTN

SHAH ALAM 25 Nov. - Bimbang dengan pengaruh yang semakin merosot, kerajaan Selangor telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta.

Langkah itu diambil kononnya kursus tersebut didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, surat arahan kepada semua jabatan, IPT serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri akan dikeluarkan segera. 

"Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinisasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecah belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama.

"Peserta kursus juga dilaporkan diberi risalah mengandungi pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kebencian kepada pembangkang,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Tetiba aku rase terpanggil untuk menyembang berkenaan ngan BTN nie...aku pun xphm la sebenarnye...kalau nak diikutkan, tujuan asal BTN adalah untuk memupuk semangat cintakan negara kite...MALAYSIA...bukan nak memupuk semangat cintakan kerajaan or benci pembangkang....dah salah hala tuju sebenarnye BTN nie...samada kursus nie diadakan untuk senang bagi mereka-mereka yang ditugaskan untuk identify sesape yang pro-pembangkang....

Kalau niat kerajaan murni..untuk mengadakan kursus ini untuk memupuk kecintaan kepada negara tercinta...itu adalah sangat2 dialukan...TETAPI....kalau la kerana nak menyebarkan agenda-agenda politik...memang patut hentikan BTN nie trus....buat ape gie kursus kalau hasilnye nnti...adalah orang-orang yang berfikiran dan berkefahaman politik...mempunyai ideologi...tapi ideologi politik....tapi bukan ikut amal makruf nahi mungkar...

Pegangan yang patut ade dalam sume orang adalah pegangan AGAMA....bukan pegangan POLITIK....sebab pegangan politik tidak akan membawa kite kemane-mane...pegangan agama adalah lebih penting...bukan sahaja di dunia...malah di akhirat...InsyaAllah kite akan selamat...

*Till we meet again.......

0 comments:

Post a Comment

 
TrUe LiFe © 2009. Blog Skins Design by Pocket |